fbpx

tutorial derma pengurusan masjid/Badan Komuniti/NGO
menerusi kemudahan FPX - Perbankan Online

Ini adalah akaun contoh cara memanfaatkan platform FPX untuk tujuan sumbangan. Dalam contoh ini, satu akaun ‘dummy’ digunakan. Masukkan sahaja amaun contoh, seperti RM 2,000 tanpa was-was. Ilustrasi diberikan untuk memudahkan pemahaman.

Bahagian Pertama: Langkah Lakukan Proses Sumbangan

Langkah 01

Klik ikon Sumbangan Demo untuk uji-cuba. Anda akan dibawa ke tetingkap lain pada browser pilihan anda.

Langkah 02

Masukkan informasi yang diminta, iaitu amaun (apa jua nilai), nama, email, dan nombor telefon. Seterusnya (untuk contoh ini), pilih SDI Bank A

Langkah 03

Tekan butang Proceed untuk teruskan proses sumbangan

Langkah 04

Anda akan dibawa ke ‘Bank Simulator’ untuk SBI Bank A. Masukkan nombor 1234 untuk bahagian User Id dan Password. Seterusnya, tekan butang ‘Sign In’

Langkah 05

Ada 2 akaun disediakan, iaitu akaun simpanan dan akaun semasa. Untuk contoh ini, sila gunakan akaun simpanan (Savings Account). Seterusnya tekan butang Confirm

Langkah 06

Untuk situasi sebenar, anda akan dibawa ke halaman bank pilihan. Jangan tutup browser. Setelah itu, anda akan dibawa ke halaman seperti ilustrasi.

Bahagian Kedua: Notifikasi Kepada Penyumbang

Penyumbang akan menerima 3 email, iaitu 2 bukti email transaksi pembayaran dan satu email aluan dari pihak masjid

Bahagian Ketiga: Admin Dashboard (Masjid)

Setiap transaksi yang wujud adalah:

  • Telus: setiap rekod lengkap dengan keterangan seperti tarikh transaksi, nombor rekod, nama penyumbang.
  • Mudah: Pegawai akaun boleh muat-turun terus ke dalam format Excel atau PDF.

Isu Caj Transaksi RM 1

Caj RM 1 adalah terma dan syarat yang telah dinyatakan oleh penyedia perkhidmatan ini.

Ini bermaksud, setiap kali transaksi berlaku, meskipun amaun sumbangan hanya dimasukkan sebanyak RM 10, atau RM 10,000, maka hanya RM 1 akan ditolak untuk setiap transaksi.

Alternatif Kedua

Sekiranya isu caj ini masih boleh menimbulkan salahfaham, sistem pembayaran menyediakan alternatif, iaitu RM 1 caj akan dikenakan kepada penyumbang. Rujuk gambar dibawah. Justeru, pihak masjid masih boleh menerima jumlah penuh sebanyak RM 2000.

(Nota: Pihak jawatankuasa masjid boleh bermusyawarah untuk sebarang alternatif FPX payment yang disediakan)

Penafian:

Penulis bukan pekerja untuk syarikat penyedia FPX ini. Penulis hanya lakukan proses settings untuk diintegrasikan pada laman web Masjid/Persatuan untuk membolehkan sistem FPX ini berfungsi dengan baik.