fbpx

Panduan Pemilihan Domain Dan Hosting

Sebelum anda lakukan tempahan domain dan hosting, beberapa perkara asas perlu difahami untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Perkara yang perlu diberi keutamaan adalah:

  • Saiz hosting yang bakal dipilih
  • Nama domain yang bakal dipilih

Hosting dalam bahasa mudahnya adalah luas tapak kedai. Bayangkan anda sedang memulakan perniagaan menjual nasi lemak di satu kawasan. Mungkin panjang dan lebar kedai anda 10m x 10m. Begitulah yang boleh dimaksudkan dengan saiz hosting. Ukuran saiz standard dalam hosting boleh terdiri dari 500mb (500 megabait) hingga 5GB (5 gigabait).

Berikut adalah kos yang berkaitan dengan Pemilihan Saiz Hosting dari dua syarikat yang berbeza, iatu NetKL.com dan SiteHandy.com:

sumber: NetKL.com

[supsystic-tables id=1]

Nota: Belian domain pertama adalah percuma. Harga yang ditawarkan termasuk domain. Tertakluk kepada terma dan syarat.

sumber: SiteHandy.com

[supsystic-tables id=2]

Nota: Belian domain bermula dari RM 45 setahun. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagaimana pula dengan pemilihan domain?
Domain dalam bahasa mudah pula bermaksud nama kedai. Sebagai contoh, sekiranya saya ingin memulakan perniagaan internet, saya mungkin boleh memilih nama seperti perniagaaninternet.com atau boleh gunakan sebarang nama yang mungkin difikirkan sesuai untuk dijenamakan, sebagai contoh RizaNiaga.com.

Masih tiada idea? Pakai sahaja nama sendiri – sebagai contoh AhmadRizal.com 🙂

Pemilihan domain ditentukan berdasar kategori yang dipanggil top level domain (TLD). TLD akan diakhiri dengan 2-3 huruf selepas titik. TLD ini boleh dipecahkan berdasarkan niche atau negara. Sebagai contoh:

[supsystic-tables id=3]

Jika anda rujuk jadual ketiga yang dilampirkan di atas, untuk kes negara Malaysia, semuanya akan diakhiri dengan dot-my. Ini secara tidak langsung dapat difahami, pemilik TLD ini memang dari negara Malaysia, atau organisasi tersebut, mungkin berada di luar Malaysia, namun ianya mempunyai cawangan di Malaysia. (Jika negara seperti Indonesia, TLD akan diakhiri dengan dot-id ; sebagai contoh PublicGold.co.id).

Harus saya ingatkan di sini, harga domain ini berbeza. Berikut disenaraikan anggaran harga mengikut genre TLD. Harga yang ditawarkan ini bergantung kepada hosting provider samada dalam negara atau luar negara. (dalam contoh ini, syarikat dari Malaysia, iaitu NetKL.com dan SiteHandy.com)

  • *.com – Anggaran harga RM 45 – RM 50 setahun
  • *.org.my . *.edu.my – Anggaran Ianya boleh bermula dari RM 80- RM 100 setahun
  •  *.my – Anggaran harga boleh bermula dari RM 120 setahun

Berdasarkan praktis semasa, masih ramai lagi memilih untuk menggunakan TLD *.com (disebut dotcom) berbanding TLD lain. Ini kerana faktor komersial dan cara sebutan yang sedap disebut. Masih tak jelas? Cuba sebut sendiri 3 contoh TLD yang saya sediakan dibawah. Mana yang lebih mudah, sedap dan kegemaran anda?

  • RizaNiaga.com (rizaniaga-dot-com)
  • RizaNiaga.com.my (rizaniaga-dot-com-dot-my)
  • RizaNiaga.my (rizaniaga-dot-my)

Untuk carian domain umum, anda boleh gunakan tools percuma seperti DomainScope.com. Masukkan TLD.com pilihan anda – serba sedikit dapat membantu anda untuk memilih nama yang sesuai.

Semoga entri ini dapat membantu anda dalam pemilihan domain dan hosting yang sesuai dengan bajet anda 🙂

kongsikan artikel ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Rizal

Rizal

Pengasas RizaNiaga.com. Suka bermain badminton, bercangkul dan Gilakan WordPress