Quick Help

Knowledgebase is a categorized collection of answers to frequently asked questions (FAQ) and articles. You can read articles in this category or select a subcategory that you are interested in.



 Cara Unzip dan Zip Fail

Solution

Antara kesukaran yang sering berlaku pada mereka yang masih berjinak-jinak dengan dunia online dan teknologi maklumat adalah dalam proses mengestrak (unzip) fail-fail yang dienkrip. Antara tujuan sesuatu fail itu dienkrip adalah mengecilkan saiz fail yang besar ke satu fail yang lebih kecil.

Biasanya kebanyakan pengeluar (atau penjual) mana-mana produk digital (seperti ebook yang berformat “.pdf” atau video) memampat dan memformat fail asal ke bentuk “.zip”, “.rar” atau “.tar”. Permasalahan akan wujud sekiranya mereka tidak pernah atau kali pertama menjumpai istilah-istilah sedemikian!

Masalah lanjutan dari di atas adalah “Bagaimana untuk zip (kecilkan) fail-fail yang telah dimuat-turun kembali ke format asal?”. Bunyinya agak melucukan, namun, itu adalah realiti yang harus diakui mereka.

Justeru, pada 2010 saya telah hasilkan satu video tutorial yang dinamakan Panduan Jzip. Video durasi hampir 13 minit ini lengkap dengan penerangan dan ilustrasi untuk memudahkan para pengguna “newbie” memahami dan mempraktikkannya.

Ringkasan video ini adalah seperti berikut:

  • durasi sekitar 12.55 minit
  • format video adalah *.flv
  • cara-cara untuk mendapatkan perisian Jzip
  • cara-cara untuk install perisian Jzip
  • cara-cara untuk unzip (ekstrak) fail menerusi 4 kaedah, iaitu open archieve; extract to; extract here; dan extract to folder
  • cara-cara untuk zip fail

 

Sebelum Melakukan Proses Install
Memandangkan video ini telah dihasilkan pada 2010, maka untuk versi terkini, sudah pasti ada beberapa perubahan (dari segi interface dan option yang ditawarkan). Justeru, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan. Ini adalah opsyen sahaja. Saranan saya, anda uncheck (untick) semua pilihan yang saya ‘highlight’kan.

 

 

Proses install Jzip memerlukan talian internet yang baik. Satu notifikasi akan terpapar sekiranya anda menghadapi masalah talian. Anda perlu tekan butang ‘Try Again’

 

 

Anda akan menerima notifikasi ini sekiranya proses install telah berjaya


Anda boleh menonton video percuma seperti yang telah disediakan di bawah:

 

 

 

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat yang berguna :-)

Article details

Article ID: 2

Category: Teknikal Asas & Tutorial

Views : 671

 
Powered by Help Desk Software HESK, in partnership with SysAid Technologies