Quick Help

Knowledgebase is a categorized collection of answers to frequently asked questions (FAQ) and articles. You can read articles in this category or select a subcategory that you are interested in.



 Beli Domain dan Hosting

Solution

Apakah yang dimaksudkan dengan domain dan hosting?

Domain

Nama yang mewakili individu atau organisasi. Di alam maya, anda perlu memiliki satu nama yang boleh digunapakai. Sebagai contoh, RizaNiaga.com, KomenEbook.com

 

Hosting

Ruang atau stor maya pada server. Untuk contoh domain RizaNiaga.com dan KomenEbook, kedua-dua domain ini menyewa saiz hosting sekitar 3GB dan 1GB setiap tahun menerusi syarikat SiteHandy.

Dalam bahasa mudah: Katakan, Rizal seorang pengusaha catering yang berhasrat untuk membuka sebuah kedai makan. Justeru , beliau menamakan kedai tersebut sebagai Kedai Makan Rizal (domain). Kedai ini telah menyewa satu kawasan (hosting) premis di bandar, iaitu Yayasan Bandar (syarikat hosting). Dari segi keluasan (saiz hosting) pula, saiz tapak perniagaan tersebut sekitar 10×10 kaki.

 

Pembelian domain biasanya bergantung kepada niche/minat individu. Sebagai contoh, saya suka review produk digital – justeru saya beli nama (gunakan nama) KomenEbook.com

Sekiranya anda masih buntu untuk membeli nama domain yang sesuai, gunakan nama anda dahulu. Sebagai contoh: AhmadRizal.com . Menggunakan nama sendiri bermaksud anda bebas untuk membicarakan apa jua niche, sebagai contoh sukan, hiburan, teknologi dan alam sekitar.

Proses pembelian domain dan hosting sebenarnya tidak serumit yang disangkakan. Terdapat beberapa langkah asas yang mesti diikuti dan difahami. Beberapa tips yang perlu anda fahami dan ikuti:

  •  Anda mesti tahu tld (top-level domain) yang bakal anda gunapakai, seperti namadomain.com, namadomain.net atau namadomain.org
  •  Anda mesti mengenalpasti saiz hosting yang bakal anda sewa setiap bulan/tahun. Untuk kategori blogger, saiz 1GB itu sudah lebih dari mencukupi.
  •  Anda mesti memberikan informasi yang tepat dan sah kepada syarikat penyelia hosting untuk mengelakkan sebarang masalah di luar jangka.
  •  Pastikan yuran langganan anda dibayar tepat pada tarikh untuk mengelakkan sebarang masalah. Kebiasaannya, syarikat hosting akan menghantar notis peringatan mesra sebanyak 3 kali sebelum tamat tempoh domain atau hosting

 

Berminat untuk miliki domain dan hosting sendiri? Jom, jangan segan, hubungi saya :-)

Article details

Article ID: 6

Category: Teknikal Asas & Tutorial

Views : 221

 
Powered by Help Desk Software HESK, in partnership with SysAid Technologies